Khamis, 22 Ogos 2013

Operasi Mencari Dihentikan, 15 Mayat Dikenal Pasti



GENTING HIGHLANDS: Polis telah menghentikan operasi mencari saki baki mangsa nahas bas di sini yang meragut 37 nyawa pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd Mansor Mohd Noor berkata polis telah menghentikan operasi mencari dan kini mengeluarkan barang-barang berharga dan dokumen untuk mengenal pasti mangsa yang terkorban.

"Anggota-anggota kami hanya menemui dua pasang kaki yang akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

"Kami yakin bahawa tiada lagi mangsa terperangkap di dalam bas atau kawasan tersebut," katanya kepada pemberita di tempat nahas pagi Khamis.

Mohd Mansor berkata, daripada 37 penumpang yang maut hanya 15 telah dikenal pasti setakat ini.

"Sesiapa yang mempunyai saudara mara menaiki bas ke Genting Highlands dan dilaporkan hilang perlu menghubungi polis dengan segera.

"Kami boleh menggunakan apa saja bantuan, malah gambaran pakaian mereka boleh membantu dalam proses mengenal pasti mangsa," katanya.

Beliau berkata 34 mayat telah dibedah siasat manakala lima mayat dituntut oleh waris.

Mohd Mansor berkata punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan dan kerosakan organ dalaman yang serius.

Tiada ulasan: