SINAR HARIAN
BESUT - Majoriti daripada sejumlah 11,400 pelajar Malaysia yang berada
di Mesir sudah pulang ke tanah air bagi menyambut Aidilfitri, kata
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.
Katanya, sebilangan kecil yang masih tinggal terdiri daripada mereka yang membuat keputusan untuk tidak pulang kerana meneruskan pengajian di sana.
"Mereka dilaporkan dalam keadaan selamat walaupun keadaan di Mesir masih bergolak ekoran tunjuk perasaan secara besar-besaran yang dilakukan penyokong Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi yang digulingkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan ziarah penduduk miskin di sekitar Hulu Besut di sini hari ini.
Idris juga berharap ibu bapa pelajar tidak berasa bimbang kerana setiap perkembangan yang berlaku di Mesir akan sentiasa dimaklumkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dari masa ke semasa.
Sehubungan cuti sekolah yang panjang di kampung, beliau berharap para pendidik boleh membantu Kementerian Pelajaran untuk menguar-uarkan tranformasi yang sedang dilakukan dalam pendidikan dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Katanya, guru perlu menerangkan dengan sejelas-jelasnya kepada penduduk mengenai PPPM agar pandangan negatif beberapa pihak mengenainya dapat diselesaikan melalui penjelasan golongan pendidik. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan