Sebuah kereta terbabas ke dalam parit di hadapan Taman Sri Telok Datok, semalam.
TELOK DATOK - Gara-gara pemandunya leka menggunakan telefon bimbit
ketika memandu, sebuah kereta terbabas dan terjunam ke dalam parit di
hadapan Taman Sri Telok Datok, semalam.
Kejadian tersebut bukan insiden pertama berlaku di kawasan itu.
Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga Telok Datok, Khairul Abdul Samad berkata, kemalangan sering berlaku kawasan berhampiran laluan dari arah Klang ke Banting itu.
"Sebuah lagi kereta terbabas dan keadaan ini merisaukan penduduk setempat, lebih-lebih lagi di musim perayaan kerana banyak kenderaan keluar masuk.
“Selalu terjadi kemalangan kerana jalan di situ lurus dan banyak kenderaan membawa kenderaan mereka dengan laju walaupun terdapat banyak simpang.
“Penduduk berharap pemandu yang melalui kawasan itu dapat memandu dengan berhati-hati kerana tidak sampai tiga hari beraya sudah dua kali kenderaan terbabas di sini," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan