Isnin, 19 Ogos 2013

Krisis Mesir; Pemuda PAS akan bertemu pertubuhan berpengaruh antarabangsa

BULETIN ONLINE

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS menggesa kerajaan Malaysia segera mengambil satu langkah dan tindakan yang berkesan untuk membantu rakyat Mesir agar tidak terus menjadi mangsa penindasan pemerintah tentera dan kerajaan ‘kudeta’.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Nasruddin Hassan berkata pihaknya akan menghantar wakilnya untuk bertemu badan-badan antarabangsa yang berpengaruh bagi meningkatkan tekanan ke atas pemerintah tentera dan kerajaan ‘kudeta’ Mesir.

himpunan pdg merbok

Beliau berkata, pemuda PAS akan bertemu dan melobi badan-badan tertentu seperti Liga Arab (Arab League) dan Pertubuhan Kerjasama Islam – The Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dan seumpannya.

“kita akan pergi ke peringkat antarabangsa untuk lobi, kita akan bertemu dengan pihak-pihak atau badan-badan tertentu seperti Liga Arab, OIC dan seumpamanya,

“supaya mereka turut memberikan tekanan kepada pemerintahan tentera Mesir yang telah mecabul hak demokrasi dan juga tlah melakukan kezaliman yang melampau (kepada rakyat Mesir),”jelasnya pada sidang media selepas Himpunan Munajat Perdana 100k di Padang Merbok, dekat sini pada Sabtu 17 Ogos.

[Lihat Video]

Selain langkah itu, katanya, Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, Pemuda PAS juga akan menggesa supaya Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan ngerei-negeri memanggil sidang khusus bagi membincangkan langkah yang sepatutnya supaya turut memberikan tekanan kepada pemerintah ‘kudeta’ Mesir.

“InsyaAllah, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menghantar surat kepada speaker dewn rakyat dan speaker dewan(dewan) undangan negeri di seluruh negara,”tegasnya.

Beliau mengucapkan teima kasih kepada sokongan semua parti-parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut bersama menghadiri Himpunan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS itu.

Menurutnya, walau pun Himpunan tersebut tidak mencapai angka sasaran, namun anggaran kehadiran 10,000 orang itu cukup sebagai ‘simbolik’ bagi menunjukkan bantahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman rejim tentera Mesir.

Tiada ulasan: