Isnin, 19 Ogos 2013

Dasar pembangunan kerajaan abai golongan miskin

Oleh: Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR,: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, kerajaan Umno-BN hanya berjanji mendahulukan keperluan rakyat bagi menikmati kediaman mampu milik. tetapi gagal melaksanakannya.

“Sebelum pilihanraya, Umno-BN berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik.

“Tetapi selepas membentuk kerajaan, janji hanya tinggal janji. Sehinggalah berlaku bencana kebakaran di Kampung Chubadak Jaya.


Chubadak

“Kerajaan tidak bersungguh-sungguh membantu dan lepas tangan dengan memindahkan mangsa jauh ke tempat lain,” katanya kepada Keadilandaily.

Pada 8 dan pada 10 Ogos lalu, hampir 50 rumah di kawasan di Kampung Chubadak, Sentul dan Kampung Puah Bahagia, Bandar Baru Sentul terbakar mengakibatkan 300 orang kehilangan tempat tinggal.

Tian berkata, rumah penduduk yang terbakar merupakan deretan rumah panjang yang dibina secara sejak 20 tahun lalu.

Difahamkan, ketika itu kerajaan memperkenalkan dasar ‘setinggan sifar’ menyebabkan banyak tanah yang diswastakan kini dimiliki pemaju pembangunan.
tian-chua-13march
Manakala penduduk dijanjikan kediaman di Projek Prumahan Rakyat (PPR) dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

“Malangnya selepas beberapa tahun,. tiada berita kedengaran.

“Sehingga ada penduduk tidak tahan lalu keluar membina setinggan baru di kawasan lain.
“Akhirnya perkampungan ini tidak mempunyai status,” katanya.

Justeru, Tian mendesak Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengkaji semula projek mewah yang bakal diluluskan selain fokus kepada pembinaan rumah kos rendah PPR bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Tiada ulasan: