Khamis, 22 Ogos 2013

Bung: Saya tak nampak sebab Musa perlu tanding VP



Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menasihatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang diura-urakan akan bertanding jawatan naib presiden Umno supaya "bertenang dan membuat keputusan" sebaik-baiknya.

azlanBung Moktar yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata beliau "tidak nampak sebab besar" mengapa Musa (kiri) perlu bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam hiraki parti itu.

"Kalau boleh, pada pandangan saya, wajar kita memberi (peluang) kepada pemimpin yang telah berada di situ untuk memastikan kesinambungan dalam kepimpinan tertinggi parti.

"Kalau dua calon dari Sabah, saya nampak, (peluang) kedua-dua mereka pasti terjejas. Perwakilan mungkin tidak akan memberi sokongan kepada pemimpin dari Sabah untuk menerajui pimpinan yang lebih tinggi," katanya.

Bung MoktarBung Moktar (kanan) menjawab soalan Malaysiakini berhubung ura-ura ketua menteri Sabah itu akan bertanding jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Merdeka Raya dan Kibar Jalur Gemilang di Institut Kemajuan Desa, di Kajang Selangor, yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Bung Moktar juga berkata beliau akan mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno dan akan memastikan "Shafie dan rakan-rakan MT" dipilih dalam pemilihan itu.

Tiada ulasan: