MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari
menggesa anggota Umno memilih calon yang benar-benar boleh memimpin dan
memajukan parti pada pemilihan yang akan datang.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pemilihan kali ini merupakan satu sistem atau saluran untuk menentukan siapa sebenarnya yang ikhlas mahu bekerja dan memperjuangkan parti.
"Mereka itulah yang kita perlu beri kesempatan dan ruang untuk memimpin dan memajukan parti," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan Umno Bahagian Titiwangsa di Masjid Al Imam As Syafie di sini, Jumaat.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menyedari terdapat 'sedikit sebanyak' masalah dalaman Umno, Muhyiddin bagaimanapun yakin ia akan dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pemilihan anggota Majlis Tertinggi Umno dijadual berlangsung pada 5 Oktober ini.
Pemilihan jawatan tertinggi bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pula akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini.
Menyentuh mengenai pengundi bandar, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata anggota parti perlu melipatgandakan kerja sepanjang masa untuk meraih sokongan yang lebih besar daripada pengundi di Wilayah Persekutuan.
"Ini sepatutnya kita mulakan sejak selepas pilihan raya umum dan dilakukan sepenuh masa.
"Jika kita serius untuk tangani masalah pengundi bandar, kita jangka sikap mereka akan lebih baik pada tahun-tahun akan datang...jika kita ambil mudah, cuma berdoa dan berharap sokongan apabila tiba masa pilihan raya, itu pilihan yang silap dan (parti) mungkin tak mampu bertahan," katanya.
Muhyiddin berkata prasyarat untuk mengembalikan kekuatan parti adalah hubungan yang akrab, kerjasama yang erat dan perpaduan yang jitu antara kepimpinan sama ada di peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi.
Katanya beliau yakin kerjasama seperti itu akan menjadikan Umno dan B Nkhususnya di Wilayah Persekutuan lebih kukuh dan mantap.
"Selaku Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno, saya akan beri sokongan yang termampu untuk melihat Wilayah Persekutuan terus maju dan mencapai kejayaan pada masa akan datang," katanya.
Muhyiddin kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid-masjid di Wilayah Persekutuan serta anak-anak yatim, sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama para tetamu. BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan