Jumaat, 9 Ogos 2013

Bekas Atlet Olimpik Ishtiaq Mubarak Meninggal Dunia

MSTAR ONLINE

PETALING JAYA: Ishtiaq Mubarak atau nama sebenarnya Ishtiaq Ahmad Mubarak Ahmad, yang pernah mengharumkan sukan olahraga negara pada era 70-an meninggal dunia, pagi Jumaat.

Beliau yang berusia 65 tahun meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang kira-kira pukul 9.55 pagi akibat sakit tua.

. 
Ishtiaq Mubarak

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan.

Bekas pelari 110 meter lompat berpagar kebangsaan ini pernah menyertai sukan Olimpik sebanyak tiga kali dan menang pingat emas dalam Sukan SEA dan Asia.

Allahyarham pernah menggalas tanggungjawab selaku jurulatih atlet pelapis olahraga kebangsaan sehingga 2012.

Tiada ulasan: