SINAR HARIAN
KOTA KINABALU - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan membayangkan kemungkinan bertanding
jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti berkenaan
Oktober ini.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah itu berkata beliau akan membuat pengumuman berhubung perkara itu "dalam sedikit masa lagi melalui Twitter atau Facebook".
"Menawarkan diri untuk jawatan MT Umno adalah satu tanggungjawab yang amat besar, ia perlu difikirkan dan ia (keputusan) tidak boleh dibuat dengan hanya memikirkan tentang diri sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfiltri di kediamannya di Taman Kingfisher, Sulaman, dekat sini, hari ini.
Abdul Rahman, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, berkata sekiranya bertanding, beliau mahu memberikan sumbangan kepada parti dan bukan sekadar memanaskan kerusi terutama dalam senario politik yang berbeza pada ketika ini. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan