Kenyataan
bekas MP, Datuk Ibrahim Ali yang menggesa pembakaran kitab Bible
dengan kalimah Allah berbeza dengan tindakan pasangan Alvin Tan dan
Vivian Lee yang kini didakwa mempersendakan umat Islam, kata Ahli
Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau
yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan
tempatan berkata, Ibrahim pernah menjelaskan kepada beliau yang gesaan
itu dibuat dengan anggapan Bible dengan kalimah Allah adalah satu
kesilapan percetakan dan membakarnya adalah cara terhormat melupuskan
kitab itu, seperti cara umat Islam melupuskan Al-Quran lapuk dan
disalah cetak.
Sedangkan
katanya, tindakan pasangan penulis blog seks itu bersifat menyerang
agama lain, mampu mencetuskan pergeseran agama dan pada masa sama mereka
juga turut dikenali di negara jiran Singapura.
“Banyak lagi yang ditonjolkan pasangan ini yang melanggar tatasusila rakyat Malaysia.
“Yang
saya khuatirkan apabila kita tak ambil tindakan tertentu ia akan
melibatkan pergeseran agama,” katanya sewaktu diminta mengulas perkara
itu pada sidang media pagi tadi.
Menurutnya, kenyataan Ibrahim tentang pembakaran Bible itu dijelaskan sendiri oleh Ibrahim kepada beliau.
“Itu yang
Ibrahim Ali kata tetapi seperti biasa portal-portal tertentu pusing
dan mengatakan itu adalah kenyataan untuk membakar kitab Injil
(sahaja). Ia tidak betul,” katanya yang kemudian menjelaskan Malaysiakini bukan portal berita yang dimaksudkan.
Abdul
Rahman juga ditanya mengenai kenyataan Datuk Zulkifli Noordin yang
menimbulkan kemarahan penganut Hindu sebelum ini, tetapi beliau tidak
mengulas mengenainya.
Beliau
ditemui selepas melancarkan Ops Jalan Raya dan Kempen Anti Membuang
Sampah sempena musim perayaan di plaza tol Sungai Besi menghala ke
Seremban petang tadi.
Mengenai
Ops tersebut, Abdul Rahman berkata pada tahun ini akan berlangsung
selama 18 hari dari 1 hingga 18 Ogos dan Jabatan Bomba dan Penyelamat
di bawah kementeriannya adalah agensi utama bagi kempen itu.
Menurutnya,
pihak bomba akan bertindak sebagai agensi penyelamat utama untuk
menangani insiden kebakaran, kemalangan dan bahan kimia berbahaya di 16
lokasi utama yang telah dikenal pasti di seluruh negara.Sumber: Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan