Sabtu, 27 Julai 2013

MCA: Selaraskan undang-undang negeri dengan Perlembagaan

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

MCA hari ini menuntut supaya enakmen negeri dan undang-undang harus selaras dengan Persekutuan Perlembagaan bagi memastikan agama ditentukan kedua-dua ibu bapa.

Biro Publisti MCA, Heng Seai Kie, berkata kerajaan negeri perlu meminda undang-undang bagi memastikan ia konsisten.

“Ia akan lebih membantu jika semua Enakmen Negeri mengikut Enakmen Pentadbiran Islam (Perak) yang memerlukan kanak-kanak hadir secara peribadi mengesahkan penerimaan mereka bagi penukaran agama,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Heng mengulas ekoran  keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membenarkan permohonan guru tadika M Indira Gandhi  membatalkan penukaran agama bagi tiga anaknya baru-baru ini.

Beliau yang menyambut baik keputusan penting oleh Hakim Lee Swee Seng, berkata bahawa hal itu harus diselaraskan dengan kedudukan MCA bahawa Perkara 12 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan menerangkan 'agama seseorang yang di bawah umur berumur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu bapa beliau,iaitu perlu melibatkan kedua-dua ibu bapa.

“Mengikut  Perlembagaan Persekutuan yang dicetak kerajaan dalam versi Bahasa Melaysia dengan jelas menggunakan perkataan ‘Ibu-Bapa’ bermaksud memerlukan pertujuan kedua-dua ibu bapa seperti dalam  kandungan kesebelas, Perkara 160 (1) dalam Persekutuan Perlembagaan berbunyi bahawa 'kata-kata dalam bentuk tunggal termasuk majmuk, dan kata-kata dalam bentuk plural termasuk 'tunggal, " katanya.

‘Kami mahu mengelakkan situasi terjadinya kes seperti ini lagi bagi mereka yang menukar agama , dan secara tidak langsung turut menukar agama anaknya tanpa memberitahu pasangan mereka sebagai satu cara mendapatkan jagaan tanpa melalui mahkamah sivil,” katanya.

Katanya, semua agama adalah suci dan kerana itu individu tidak harus menggunakan agama untuk mencapai agenda mereka sendiri.

Heng juga menggesa bekas suami Indira untuk mengembalikan anak bongsu mereka segera kerana Mahkamah Tinggi memberikan hak penjagaan penuh kepada ibunya terhadap tiga kanak-kanak itu pada tahun 2010.

"Sebagai seorang ibu, saya juga merayu kepada pihak polis dan pihak berkuasa lain untuk membantu mencari Indira Prasana supaya ibu dan anak perempuan boleh bersatu semula dan adik-beradik tidak akan dipisahkan daripada satu sama lain," katanya.

Tiada ulasan: