Isnin, 15 Julai 2013

Bantahan TPPA bukti Malaysia tidak pada landasannya

Oleh Jahabar Sadiq, Pengarang

Bantahan demi bantahan terhadap Malaysia menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) memerlukan penjelasan oleh Putrajaya berhubung butiran perdagangan yang mungkin terus dirahsiakan menjelang Oktober 2013.

Selain itu, penerangan faedah sebenar dan kerugian yang bakal ditanggung dengan mengadakan perdagangan bebas antara 12 negara perlu didedahkan behubung apa yang terbaik buat Malaysia kerana negara memerlukan lebih akses pasaran dibawah TPPA.

Namun, kritik yang datang daripada kumpulan perniagaan, parti politik hinggalah kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung melindungi industri yang tidak bersaing, jaminan perolehan kerajaan dan ketakutan peningkatan harga ubat-ubatan dan barangan lain.

Antara kecaman lantang oleh Dr Mahathir ialah kekaburan yang diberi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam menyebar butiran TPPA yang diilhamkan semasa Kongres Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2011.

Perdana Menteri paling lama menerajui negara itu menggariskan bagaimana Malaysia ketinggalan berbanding negara jiran - dengan ahli perniagaan tidak kompetitif, dengan mengutarakan perlindungan kepada tempoh pasaran terbuka dan peningkatan kos sara hidup terhadap kelemahan mata wang.

Dalam blognya dua hari lalu, Tun Mahathir banyak memperkatakan berhubung gabungan yang tidak memberi faedah kepada Malaysia termasuk perjanjian air Malaysia-Singapura.

“Perjanjian pertama tamat pada 2011 dan kita tidak membuat rundingan semula. Perjanjian berikutnya akan tamat pada 2060. Kita akan mendapat 3 sen setiap 1,000 gelen air mentah apabila kos sara hidup meningkat dari masa ke semasa.

“Hari ini, dolar Singapura 21/2 kali nilai ringgit Malaysia. Pada masa perjanjian nisbahnya 1:1. Adakah kita menerima bayaran dalam dolar Singapura atau ringgit Malaysia? Ataupun ini menjadi satu rahsia juga?” tanya beliau.

Persoalan itu menjawab mengapa dolar Singapura mengukuh dan ringgit lemah apabila kedua-dua matawang berada paras sama semasa kedua-dua negara terpisah pada 1965.

Adakah kita masih mahu dikenali sebagai negara pengeluar kos rendah sedangkan kerajaan berhasrat menjana ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020? Adakah kita mahu berbelanja dengan nilai ringgit yang lemah dan mencari buruh kos rendah dan memberi pengecualian gaji minimum?

Kemerosotan nilai ringgit Malaysia turut berada di belakang kenaikan harga daripada ubat-ubatan ke makanan. Kita perlu membayar nilai sebenar harga dunia bagi barangan berkenaan dengan nilai ringgit yang merudum.

Ia juga mengejutkan apabila Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh dilanjutkan kepada pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000 sebulan. Bukankah pada 1970, amaun berkenaan merupakan pendapatan golongan kaya dan cukup untuk membeli sebuah kereta di Malaysia?

Dr Mahathir turut merujuk Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) memberi kesan kepada industri kereta nasional dengan menegaskan Proton mengeluarkan 90 peratus komponennya di dalam negara, namun kosnya lebih tinggi berbanding kereta bukan dari negara Asia Tenggara yang memerlukan 40 peratus barangan tempatan bagi mendapat pengecualian cukai.

Kini, mengapa pengeluar kos rendah menggunakan kos yang tinggi? Ini kerana kita terus melindungi vendor yang tidak efisyen dan beroperasi dalam pasaran kecil dengan jualan tahunan kira-kira 600,000 kereta setahun berbanding membuka pasaran untuk persaingan.

Bagaimana Thailand dan Filipina boleh mengeluarkan kereta dengan harga lebih rendah, mengukuhkan jaringan pengeluar kereta dan memberi kebebasan mereka untuk memilih vendor dan pembekal?

Dalam hujah beliau, ahli politik veteran itu yang mengilhamkan Proton berkata kereta syarikat itu tidak mendapat sambutan hangat di pasaran luar kerana piawaian keselamatan - tidak seperti pengeluar asing di Malaysia yang mempunyai pasaran eksport serata dunia.

“Jika Proton bercita-cita untuk mengeksport kereta ke negara pengeluar, mereka mesti patuh dengan piawaian yang ditetapkan. Setakat ini, kita tidak mengeksport ke Jepun, Korea dan Eropah,” kata Tun Mahathir.

Adakah mereka bukan pengeluar kereta kelas dunia? Tidakkah piawaian itu juga baik untuk Malaysia?
Bagaimana Proton boleh tampil lebih murah di negara lain berbanding Malaysia? Membuka pasaran kereta kita akan membolehkan orang ramai memilih dengan kos terbaik dengan berkata Proton menguncupkan pegangan pasarannya.

Ini bukanlah apa yang dimahukan oleh sesetengah pemimpin dengan mengatakan Proton kini syarikat persendirian dan bukan dimiliki kerajaan.

Namun, apa yang ingin Tun Mahathir sampaikan ialah perolehan kerajaan mestilah dilindungi oleh pencerobohan asing seperti yang dilaungkan oleh beberapa kumpulan perdagangan.

Amerika Syarikat membangkitkan pasaran terbuka dengan sedikit kejayaan malah meminggirkan perjanjian perdagangan bebas terdahulu dengan Malaysia disebabkan isu berkenaan.

Apa yang kita perlukan sekarang ialah MITI untuk menjawab segala keraguan dan membuat lebih penelitian. Terdapat beberapa faedah TPPA dan kumpulan pedagang Malaysia percaya ia akan membuka pasaran lebih luas dan mengurangkan kekangan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata Jumaat lalu, “Kita adalah sebuah negara yang bebas perdagangan, kita mahu memperdagangkan produk ke luar negara dan menarik pelaburan ke dalam negara.”

Beliau berkata, penting Malaysia menjadi sebahagian daripada anggota TPPA bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan sistem penyampaian sekaligus membendung gejala rasuah.

Menteri juga berkata tidak akan membiarkan butiran TPPA kekal sulit namun itulah yang menjadi permasalahan kini

Tiada ulasan: