Oleh: Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Kenyataan Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Pakatan
Rakyat adalah bukti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menjadi
jurucakap Umno, kata Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria
Abdul Hamid.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR itu semalam yang
mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat hipokrit kerana mengangkat sumpah
sebagai wakil rakyat, meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum
ke 13.
Menurut Zakaria, keputusan pemimpin Pakatan sama ada mahu mengangkat
sumpah atau tidak di parlimen, tiada kena mengena dengan bidang tugas
SPR selaku pengendali pilihan raya.
“Harus difahami angkat sumpah dan pertikai keputusan PRU dua perkara
berbeza,” ujarnya menambah ahli parlimen Pakatan membuat keputusan
tersebut selepas memikirkan kepentingan rakyat.
Sebelum ini katanya, Wan Ahmad turut menipu kononnya gambar kejadian
Blackout pada pilihan raya 5 Mei lalu adalah palsu. Justeru katanya, Wan
Ahmad perlu mengundurkan diri bagi membersihkan semula imej SPR yang
semakin rosak.
“Daripada dia melalak macam pemimpin Umno, lebih baik dia meletak jawatan secara terhormat,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan