Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia adalah juara pembohong bersiri yang paling ulung bukan saja di Malaysia, malah di dunia, dan merupakan peneraju Briged Penghapus/Pemusnah DAP atau dikenali sebagai DDD (Demolish/Destroy DAP) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.
Sehubungan itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarang Utusan Malaysia, lidah rasmi UMNO kerana telah mencapai sesuatu yang tidak mampu dicapai media lain di Malaysia, malah, tidak mudah untuk mencari pesaing Utusan Malaysia dalam dunia kewartawanan di seluruh dunia.
Beliau berkata, selama menjadi alat utama Briged DDD sejak lapan bulan lalu, Utusan Malaysia mencapai tahap luar biasa dari segi jumlah serta pembohongan yang dihasilnya, termasuk laporan muka depan Utusan Malaysia pada Mei 2011 yang melaporkan DAP mahu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.
“Untuk tujuan jahat itu, Utusan Malaysia telah merekrut dan melatih sepasukan pembohong bersiri – termasuk dari golongan aristokrat yang sanggup berbohong tanpa teragak-agak,” katanya dalam kenyataan media.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, modus operandi Utusan Malaysia dalam Briged DDD agak unik, sebelum ini Utusan Malaysia mungkin secara tidak disengajakan telah menerbitkan pembohongan bersiri.
Bagaimanapun, katanya, dalam operasi DDD ini perancang utama Utusan Malaysia telah mengadun dan menentukan pembohongan dan kepalsuan yang akan diterbitkan atas nama penggerak yang menjadi anggota pasukan pembohong bersirinya.
Anggota pasukan pembohong bersiri Utusan Malaysia boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat kategori iaitu kalangan editor, memandangkan akhbar ini telah melatih satu generasi pembohong bersiri dan bukannya wartawan, ahli DAP yang berpaling tadah dan sanggup menjadi pembohong bersiri untuk mendapatkan habuan tertentu, penulis upahan BN yang diberi peranan menyebarkan pembohongan yang direka cipta oleh pemimpin tertinggi DDD dan pembohong bersiri jemputan, seperti kolumnis dan penganjur acara menampilkan penceramah jemputan, manakala DDD telah mempelopori status baru, “pembohong bersiri jemputan”.
Menurut Kit Siang, semalam, Utusan Malaysia berbohong mengenai DAP pada muka depan akhbar itu dengan melaporkan bahawa DAP sedang mengadakan pemilihan di peringkat cawangan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan.
“Seperti yang dijelaskan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, pemilihan di peringkat cawangan diadakan secara tahunan dan pemilihan untuk tahun ini ditunda daripada April/Mei kepada Jun disebabkan PRU-13, 5 Mei lalu.
Antara pembohongan yang disebar Utusan Malaysia dan Briged DDD sejak lapan bulan lalu ialah:
* Bahawa 753 daripada 2,576 perwakilan DAP yang tidak menghadiri Kongres DAP pada 15 Disember tahun lalu tidak dimaklumkan mengenai kongres dan dinafikan hak untuk memilih dalam Kongres.
* Bahawa 753 perwakilan ini semuanya berketurunan India. Ia dibuat bertujuan mengukuhkan citra bahawa sentimen anti-India sedang merebak dalam DAP – padahal hanya 100 daripada 753 perwakilan yang tidak hadir itu berketurunan India.
* Bahawa seorang pemimpin DAP telah cuba merasuah seorang pegawai Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran DAP bagi mengelak pemilihan semula parti.
Katanya, semua pembohongan itu tidak logik pada kempen Briged DDD ini selain yang ada hanya kegilaan untuk mencemar dan membusukkan nama DAP sedangkan . Bilik Perang UMNO/BN yang menempatkan Briged DDD telah gagal sepenuhnya.
“Pelaburan besar Briged DDD UMNO/BN, dengan Utusan Malaysia sebagai penerajunya, adalah satu pembaziran total kerana ia terbukti tidak berkesan, malah merugikan jika dilihat pada keputusan PRU-13.
“Ini menggambarkan kedegilan penggerak Briged DDD di Utusan Malaysia yang tetap mahu
mempertahankan pembohongan mereka tentang “Red Bean Army” yang kononnya dibiayai DAP dan dianggotai 3,000 orang cybertrooper, dengan peruntukan sebanyak RM108 hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu.
“Pembohongan itu diteruskan kerana ia dapat digunakan sebagai alasan bagi kegagalan besar mereka dari segi taktik dan strategi pada PRU-13,” katanya.-Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan