Ahad, 2 Jun 2013

Uthayakumar sedia ke penjara demi perjuang nasib kaum India



 
Pengasas Hindraf, P Uthayakumar berkata beliau bersedia dipenjarakan demi memperjuangkan nasib kaum India kerana telah hilang harapan untuk mencari keadilan melalui sistem
perundangan.

Katanya, beliau tidak akan lagi membela diri terhadap tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari Isnin, walaupun mahkamah telah mendapati ada kes
prima facie terhadapnya.
NONE
"Biar mahkamah menghukum saya, ianya okay. Bagi saya, saya
melihat ini sebagai satu lagi kesempatan untuk mengetengahkan rungutan sebenar golongan miskin India.

"Sudah tentu seseorang perlu membayar harganya dan malangnya, saya perlu menjadi orang itu lagi.

"Dalam setiap perjuangan, ada harga yang perlu dibayar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Uthayakumar menghadapi pertuduhan itu sejak 2007 kerana didakwa menulis surat, yang dianggap menghasut, dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain Gordon Brown.

Beliau mengadu bahawa hampir semua permohonannya kepada mahkamah telah ditolak, manakala hampir semuanya dari pihak pendakwa itu telah dibenarkan.

Antara isu lain, katanya, mahkamah telah bertegas mahukannya hanya mengemukakan surat rasmi asal mengenai kempennya untuk membela dirinya, sedangkan beliau hanya mempunyai
salinan kerana yang asalnya telahpun dihantar kepada pelbagai individu dan organisasi.

hindraf british petition rally 251107 gandhiDan kesabarannya berakhir, tegas Uthaya, apabila mahkamah
mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada bulan April kerana tidak hadir di mahkamah walaupun penjaminnya telah mengemukakan kepada mahkamah surat perakuan cuti sakit dari seorang pakar perubatan kerajaan.

Katanya, beliau telah pun  memulakan pembelaannya dan memberi keterangan separuh hari.

"Saya pada asalnya memberitahu mahkamah bahawa saya mempunyai 70 orang saksi, dari mangsa Kampung Medan kepada mereka yang tidak diberikan IC dan sijil kelahiran dan mereka yang dinafikan manfaat Perkeso.

"Saya telah menguruskannya, tetapi sekarang saya telah hilang keyakinan bahawa keadilan akan diperolehi. Jadi serahkanlah kepada mereka untuk membuat keputusan," katanya.

NONEKesnya dijadualkan untuk didengar pada Isnin dan Selasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, manakala tarikh penghujahan dan hukuman telah ditetapkan pada 5 Jun.

Jika didapati bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan, beliau boleh didenda sehingga RM5, 000 atau dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Ironinya, 5 Jun ini juga adalah tarikh adiknya yang juga pengerusi Hindraf Hindraf, P Waythamoorthy dijangka mengangkat sumpah sebagai senator.

Uthayakumar berkata beliau berharap akan dibebaskan, tetapi telah bersedia untuk dipenjarakan dan tidak akan membayar apa-apa denda yang dikenakan.

"Mengapa saya perlu membayar denda kerana saya tidak bersalah? Saya bercakap benar!" katanya ketika ditanya mengapa dia akan menolak membayar denda itu.

Tiada ulasan: