Beliau dituduh menerbitkan satu surat tersebut, yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, mendakwa masyarakat India di Malaysia telah dipinggirkan.
Surat itu juga menggesa kerajaan British supaya mengemukakan satu resolusi tergempar di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengutuk "pembersihan etnik" yang didakwa berlaku di Malaysia.
Uthayakumar, seorang peguam, terus menolak apabila diberi peluang sebanyak dua kali untuk mengemukakan pembelaan dalam sidang mahkamah tersebut.
Katanya, beliau bertindak demikian antaranya sebagai tanda protes ke atas “dasar rasis” kerajaan Malaysia yang menjadikan golongan miskin India sebagai mangsa.
Beliau berkata demikian sebelum timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin membuat hujah terakhir di hadapan hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Kes berkenaan dijangka akan diputuskan di mahkamah pada jam 2.30 petang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan