Isnin, 24 Jun 2013

Tiada lagi khemah di Padang Merbok

SINAR HARIAN
Badrul Hisham Shahrin
Badrul Hisham Shahrin
 

KUALA LUMPUR - Tidak ada lagi khemah sekumpulan aktivis yang bertebaran di Padang Merbok seperti semalam, awal pagi ini.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Chegubard berkata, semua khemah telah dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan dibantu polis sekitar jam 4.30 pagi.

"Kami yang tinggal di sini hanya berlapikkan kain rentang dan kotak. Tindakan lanjut akan diumumkan selepas ini," katanya.

Sebelum ini, dalam Twitter, Chegubard berkata, pihaknya telah berbincang dengan pihak DBKL awal pagi tadi dan memberi jaminan mereka akan beredar pada jam 8 pagi ini, namun, katanya, DBKL memungkiri janji mereka itu.

"1pagi jumpa DBKL bagi jaminan 8 pagi akan kosongkan Padang Merbok tapi 4.30 pagi DBKL dgn polis senjata rampas khemah & kasari, tendang org yg tidur," tulisnya.

Sejak Sabtu lalu, DBKL telah mengarahkan peserta perhimpunan itu menanggalkan khemah mereka kerana tindakan mendirikan khemah di tempat awam, menyalahi Undang undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 iaitu berkumpul tanpa permit.

Mereka juga melakukan kesalahan mendirikan khemah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Tiada ulasan: