Jumaat, 7 Jun 2013

Suara Keadilan cari wartawan untuk perluas operasi

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memerlukan tambahan wartawan seberapa segera bagi memperluas operasi penerbitan

kd
Pada masa ini, jualan akhbar mingguan ini mencecah 130,000 nashkah setiap keluaran dan ia terbit setiap minggu.

Pada 24 April lalu, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menyatakan, Suara Keadilan mencatat kedudukan tertinggi sebagai sumber maklumat politik di kalangan media alternatif.

Suara Keadilan berada pada kedudukan pertama dengan capaian 12 peratus, diikuti Harakah untuk PAS (11 peratus) dan Roket mewakili DAP (1 peratus).

Kepada yang berminat untuk bersama-sama berjuang menerusi Suara Keadilan, emel butiran diri kepada skeadilan@gmail.com.

Tiada ulasan: