Dua calon tersebut ialah Adun Jeram, Datuk Amiruddin Setro dan Adun Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias.
Menurut Adun Kuang, Abdul Shukur Idrus, pemilihan calon ketua pembangkang itu dilakukan berdasarkan kepada senioriti setelah mereka berjaya mempertahankan kerusi selama tiga penggal berturut-turut di Selangor.
"Kita utamakan dua calon senior dan dua nama wakil rakyat BN kami telah pilih iaitu Adun Jeram dan Adun Sungai Burong.
"Kita anggap dua calon itu layak mengisi jawatan Ketua Pembangkang dan Timbalannya pada penggal kali ini serta akan dibawa perkara ini untuk diputuskan pucuk pimpinan BN Selangor nanti," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.
Sebelum ini, jawatan tersebut telah dikosongkan penyandangnya, Datuk Satim Diman pada penggal lalu setelah tidak bertanding pada PRU13, 5 Mei lepas.
Dalam pada itu, menurut laporan MStar semalam, terdapat lima nama Adun BN Selangor telah diluluskan kepimpinan parti perikatan itu untuk mengisi jawatan itu.
Antaranya ialah Datuk Amiruddin Setro (Jeram), Datuk Shamsudin Lias (Sungai Burong), Abdul Shukur Idrus (Kuang), Datuk Johan Abdul Aziz (Semenyih) dan Sulaiman Abdul Razak (Permatang).
Sementara itu, Abdul Shukur berkata, wakil rakyat BN Selangor yang lain termasuk beliau sendiri akan memberi sokongan sepenuhnya kepada dua calon terbabit untuk memenuhi agenda dan melaksanakan tugas parti di negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan