Oleh: Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Datuk Sahol Hamidi digesa tidak menyalahguna intitusi pengajian itu bagi
memenuhi kepentingan politik Umno-BN.
Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengulas kenyataan Sahol yang
mengakui secara terbuka universiti itu menyokong Umno BN, seperti disiar
akhbar Utusan Malaysia, semalam.
Menurut
Afif, Sahol sepatutnya menumpukan usaha membangunkan intelektual
pelajar serta menambah baik mutu dan pencapaian universiti itu agar
dapat bersaing di peringkat global.
“Kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab, dangkal memalukan serta
menjatuhkan reputasi UiTM sebagai sebuah institusi pengajian yang
berpengaruh di negara ini,” kata Naib Ketua Angakatan Muda KEADILAN
Pulau Pinang itu.
Afif yang juga bekas pelajar Fakulti Perubatan UiTM berkata, terdapat
pelajar mengadu sebelum ini bahawa kelas pengajian ditangguhkan dan
mereka serta pensyarah diminta hadir ke ‘kuliah Umno BN’.
“Pelajar dan pensyarah diminta mendengar kononnya kajian, sikap dan
perangai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ini kerja intelektual?,”
soalnya.
Justeru, beliau menegaskan supaya Sahol berhenti mengaitkan nama institusi itu dalam menzahirkan sokongannya terhadap Umno-BN.
“UiTM ditubuhkan atas kesedaran pimpinan di masa lalu untuk membantu
golongan melayu yang berpendapatan rendah. Orang Melayu bukan Umno.
Jangan jadikan UiTM satu lagi cawangan Umno-BN,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan