Rabu, 26 Jun 2013

Rakyat akan terus lawan penipuan PRU – Safwan

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang yang ditahan bersama 28 rakan yang lain sewaktu mengadakan protes di hadapan Parlimen semalam bertekad akan terus melawan penipuan dalam pilihan raya lalu.

Beliau dan rakan-rakanya yang dibebaskan malam tadi selepas ditahan jam 11.30 pagi semalam berkata, agenda menentang penipuan ini akan menjadi agenda berterusan selagi kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada sekarang ini tidak meletakkan jawatan.

“SPR akan terus berkhidmat untuk menipu rakyat dengan pelbagai agenda terbaru. SPR akan terus bersekongkol dengan Umno BN menjalankan modus operandi kononnya SPR telus, sedangkan bukti kegagalan SPR sudah cukup jelas dengan isu dakwat yang tidak kekal.

“Teruslah pilihan raya ke-14, 15 sekalipun, rakyat akan terus ditipu SPR walaupun hak rakyat dalam perlembagaan artikel 114(2) jelas bahwa “SPR suatu badan yang mempunyai kepercayaan awam”.

“Ternyata SPR tidak lagi mempunyai kepercayaan awam yang majoriti! Perkara ini sangat mengecewakan rakyat kebanyakan,” tulisnya di facebook hari ini, seperti dilapor Harakah Daily.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang telah bersolidariti di hadapan Balai Polis Jinjang mendesak pembebasan semua tahanan malam tadi.

Safwan

Pagi semalam, seramai 29 orang lelaki dan tiga wanita termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim ditahan ketika mengadakan protes di hadapan Parlimen.

“Pokok pangkal SPR telah gagal, apa lagi ukuran pencapaian SPR yang mahu dibangga dan dikekalkan? Must resign now,” tegasnya.

Tiada ulasan: