Rabu, 5 Jun 2013

PM digesa henti tindakan pada penganjur 'Black 505'

MALAYSIA KINI


 
Kerajaan patut berhenti mendakwa aktivis dan pemimpin pembangkang yang terlibat dengan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya "Black 505", kata NGO hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) dalam suratnya kepada perdana menteri.

"Mendakwa aktivis kerana menganjurkan bantahan aman memperolokkan janji perdana menteri untuk membentuk kerajaan yang menghormati hak di Malaysia.

"Kerajaan patut menggugurkan tuduhan terhadap enam aktivis dan secara terbuka harus berikrar untuk berhenti membawa kes terhadap penganjur perhimpunan aman," kata timbalan pengarah HRW untuk bahagian Asia Phil Robertson.

Sekurang-kurangnya enam penganjur "Black 505" sudah didakwa kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2013 kerana gagal memberikan notis 10 hari awal sebelum perhimpunan.

Polis pada 22 Mei lalu turut menangkap 18 peserta dalam acara nyalaan lilin di balai polis Jinjang di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: