Jumaat, 14 Jun 2013

Petisyen p'raya: Sri Ram wakili Pakatan Perak

 


 
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram akan mewakili Pakatan Rakyat Perak dalam petisyen pilihan raya yang telah difailkan di mahkamah.

gopal sri ramSri Ram, 69. bersara daripada mahkamah tertinggi itu pada bulan Februari 2010.

Sri Ram adalah seorang peguam yang kemudiannya menjadi orang pertama dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Rayuan, dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2009.

Seorang lagi yang memecahkan rekod itu ialah bekas Ketua Hakim Negara (CJ) Tun Zaki Azmi, yang terus dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, dan kemudian menjadi CJ.

Nama Sri Ram dicatat dalam beberapa permohonan petisyen Pakatan Perak, dan beliau dijangka hadir di mahkamah.

NONEAhli Jawatankuasa PAS pusat, Mohd Hanipa Maidin (kanan) - yang
merupakan salah seorang penasihat undang-undang parti itu - mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Sri Ram adalah salah seorang peguam kanan yang akan mewakili parti itu dalam tiga kes di Perak.

"Semuanya, terdapat enam petisyen pilihan raya yang difailkan di Perak - semuanya melibatkan kerusi DUN negeri.

"Tiga daripadanya dikendalikan oleh pasukan peguam parti itu dan tiga lagi dikendalikan peguam sukarela yang termasuk Gopal  (Sri Ram)," kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang.

PAS telah memfailkan enam petisyen pilihan raya di Perak, iaitu Pasir Panjang, Manjoi, Lubuk Merbau, Rungkup, Selama dan Manong.

Sementara itu, PKR telah memfailkan satu petisyen yang melibatkan kerusi Parlimen Tapah.

Petisyen pilihan raya Pakatan Perak dilihat sebagai penting, kerana jika Pakatan berjaya, ia boleh menukar kerajaan negeri.

BN memenangi 31 kerusi negeri, manakala Pakatan mempunyai 28 kerusi. Perubahan keputusan dua daripada enam kes petisyen tersebut akan membawa kepada perubahan kerajaan negeri.

Tiada ulasan: