MALAYSIA KINI
Cadangan
untuk mewujudkan kawalan terhadap portal berita seperti di Singapura
bersifat terkebelakang dan mundur, malah dilihat sebagai cubaan untuk
menyekat laporan berita alternatif, kata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Ketuanya Kamaruzaman Mohamad percaya, cadangan "panik dan dangkal" itu juga dibuat ekoran kemerosotan teruk BN dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
"Sudahlah akhbar milik Pakatan Rakyat disekat dan dihadkan pengeluarannya, kini media di Internet pula mahu disekatnya," kata Kamaruzaman.
Menteri komunikasi dan multimedia yang baru Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kelmarin berkata, kerajaan sedang menimbang untuk mengawal portal berita seperti yang dilaksanakan Singapura.
Ahmad Shabery (kanan) berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada.
Dalam kenyataannya hari ini, Kamaruzaman berkata, kerajaan sepatutnya menyekat akses ke laman lucah yang kian mudah diperoleh dan bukannya menyekat maklumat berita kepada rakyat.
"Laman-laman lucah dan pornografi itulah yang sebenarnya membahayakan negara dan generasi muda yang menjadi pelapis pimpinan masa kini.
"Laman-laman yang tidak bermoral ini seharusnya menjadi sasaran utama kerajaan," katanya.
Justeru, langkah itu dilihat Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sebagai pilih kasih kerana terdapat akhbar arus perdana membudayakan fitnah dan menghasut tidak pula disekat atau diberi amaran.
"Tindakan 'double standard' terhadap media-media alternatif di Internet bakal mengundang kemarahan rakyat," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan