Rabu, 19 Jun 2013

Pemimpin Suluk dakwa wakil PKR pendatang Indonesia

 


 
Berlaku pertengkaran dalam pendengaran suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang di Sabah hari ini apabila pemimpin masyarakat Suluk berulang kali menegaskan bahawa seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dilahirkan di Indonesia.

NONEMohd Zaki Harry Susanto berkata, walaupun lahir di republik itu, Christina Liew (kiri) daripada PKR berjaya menjadi wakil rakyat Api-api.

Mohd Zaki berkata, mereka mendapat maklumat daripada warganegara Indonesia di Tawau yang mengesahkan Liew seorang Cina Indonesia.

Beliau mengetengahkan isu itu kerana hanya kumpulan Bajau dan Suluk disasarkan dalam RCI, jelasnya.

"Jangan hanya sasarkan satu atau dua kumpulan etnik sahaja," katanya lagi.

Bagaimanapun, seorang pesuruhjaya RCI Henry Chin berkata, beliau pasti Liew lahir di Tawau dan beliau mengetahuinya kerana menjadi ketua polis di daerah di Sabah itu pada masa itu.

Tiada ulasan: