SINAR HARIAN
Portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan empat
kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya, Banting, Shah Alam dan Kuala
Selangor mencatat IPU sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200.
Sementara itu, Muar yang diisytihar kawasan darurat jerebu pada Ahad
lepas menunjukkan perkembangan positif apabila mengekalkan IPU pada
paras tidak sihat dengan bacaan 163, berbanding 507 yang dicatat Ahad
lepas.
Setakat 8 pagi ini 17 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 24 sederhana
dan dua kawasan iaitu di Tawau dan Sandakan, Sabah adalah baik.
Kawasan yang berada pada tahap tidak sihat ialah Jalan Tasek, Ipoh
(142); SK Jalan Pegoh, Ipoh (186); Kampung Air Putih, Taiping (146);
Tanjung Malim (176) di Perak; USM (121), Perai (120), Seberang Jaya
(132) di Pulau Pinang; Batu Muda (200), Cheras (186) di Kuala Lumpur dan
Putrajaya (197).
Tempat lain ialah Nilai (176), Seremban (161) dan Port Dickson (167) di
Negeri Sembilan; Bukit Rambai (159) dan Bandaraya Melaka (134) di
Melaka, Kemaman, Terengganu (121) dan Jerantut, Pahang (136).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100
(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak
sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - Bernama
KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Pelabuhan Klang, Selangor dan Seri
Manjung, Perak kini dikategori paras bahaya apabila Indeks Pencemaran
Udara (IPU) masing-masing mencatatkan 495 dan 308, setakat 8 pagi hari
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan