Isnin, 3 Jun 2013

Negeri Pakatan cadang mulakan suruhanjaya siasat penipuan PRU-13

Aisha Geoffrey

PETALING JAYA: Negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bercadang menubuhkan Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat perjalanan pilihan raya umum yang lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persetujuan bersama berdasarkan cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng 13 Mei lalu bahawa suruhanjaya di peringkat negeri bagi menyiasat salah laku pilihan raya perlu dibentuk.

“Pakatan menyokong gesaan Guan Eng untuk menubuhkan suruhanjaya terhadap perjalanan pilihan raya lalu di Pulau Pinang,” kata Anwar

.pc_HQ

Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 13 Mei lalu dilapor mendapatkan pandangan pakar perlembagaan Tommy Thomas berhubung perkara itu dan disaran meneruskan suruhanjaya dengan ‘terma rujukan yang luas’ bagi pembentukannya.

Difahamkan, Lim telah membentangkan cadangan itu dalam mesyuarat pertama Exco Pulau Pinang dan merujuk kepada laporan polis, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Anwar menambah, prinsip sama dipersetujui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kita juga telah maklumkan kepada Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) dam kerajaan negeri akan buat keputusan mengikut pertimbangan,” katanya lagi.

“Suruhanjaya tersebut akan pastikan semua kecurangan di negeri masing-masing dikenal pasti dan disiasat,” tegasnya.

Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli sebelum in mendedahkan ribuan laporan penipuan diterima pasukan ‘Siasat PRU 13′ dengan 27 kerusi parlimen yang disenaraipendek untuk siasatan lebih mendalam.

Tiada ulasan: