Isnin, 10 Jun 2013

Mahkamah benarkan permohonan perbicaraan silap bekas polis kerana membunuh Altantuya

Oleh Ida Lim

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan oleh bekas polis Sirul Azhar Umar untuk membuat rayuan terhadap hukuman kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu (gambar) pada tahun 2006 atas alasan baru terdapat perbicaraan silap.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham, mengatakan mereka kini memohon pengisytiharan keputusan 2009 sebagai perbicaraan silap berdasarkan dua alasan yang baru dan berkaitan, iaitu publisiti buruk dan bahaya keadilan hakim Mahkamah Tinggi telah terjejas disebabkan oleh publisiti.

“Kami telah mengemukakan permohonan pagi ini. Permohonan adalah untuk memasukkan dua alasan baru dalam petisyen rayuan,” kata Kamarul kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah. “Mahkamah telah membenarkan permohonan itu.”

Kamarul berkata, beliau akan memfailkan permohonan itu bermula esok.

Tiada ulasan: