malaysia kini
Penasihat
DAP Lim Kit Siang hari ini mendakwa nama beliau tersenarai bersama
sebilangan individu yang dihalang dari memasuki negeri Sabah.Dalam satu tulisan di Twitter, Lim mendakwa ketua menteri Sabah mengarahkan agar namanya disertakan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen Sabah itu.
“Saya baru dimaklumkan bahawa saya dalam senarai hitam imigresen Sabah, dihalang dari memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman),” katanya.
Lim juga mendakwa, turut tersenarai adalah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengarah strategi Rafizi Ramli dan pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan