Rabu, 19 Jun 2013

Kilang POLENS Bantu Pengeluaran Produk Usahawan Selangor


daroyah lawat kilang polens 01

SHAH ALAM  : Kerajaan Selangor mahu menggunakan sebuah kilang kepunyaan anak syarikatnya bagi membantu pertumbuhan usahawan Selangor melalui perusahaan produk pada harga kompetitif.

Polens Malaysia sdn bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mempunyai pengalaman operasi lebih dari 20 tahun dalam pengeluaran produk makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata kilang tersebut mampu digunakan usahawan di bawah program Kerajaan Selangor seperti Mimbar dan Skimsel untuk menghasilkan produk mereka pada harga yang rendah.

“Usahawan kita yang didalam industri kecil yang lain boleh mendapatkan menfaat daripada kewujudan kilang POLENS ini.

“Mereka tidak perlu ada satu kilang sendiri mereka boleh menghasilkan produk mungkin dalam skala yang mereka mampu dan boleh dipackaging kan disini.

“Sebab POLENS juga memang ada OEM iaitu mereka boleh memberikan khidmat packaging untuk usahawan2 yang lain,” kata Daroyah selepas melawat kilang tersebut di sini pagi tadi.

Kilang tersebut mempunyai berbagai Sijil Amalan Pengilang Baik (GMP) dan pengiktirafan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kilang tersebut merupakan pengeluar produk-produk herba seperti misai kucing dan madu lebah.

“Saya melihat di POLENS ini banyak ruang dan peluang untuk POLENS berkembang pergi lebih jauh.
Keduanya POLENS boleh membantu rakan-rakan dalam IKS untuk pergi lebih jauh.”

Tiada ulasan: