Rabu, 26 Jun 2013

Ketua Pembangkang: Pakatan sebulat suara pilih Anwar

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengumumkan perlantikan semula Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut Pandikar, pelantikan Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3).

"Mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebulat suara mendapat sokongan daripada anggota parlimen pembangkang di Parlimen untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Pakatan Rakyat telah menyatakan persetujuan bahawa Anwar yang juga Ketua Umum PKR akan dikekalkan sebagai ketua pembangkang biarpun DAP memenangi kerusi paling banyak kerusi parlimendalam Pakatan Rakyat.

Dari kesemua 89 kerusi parlimen yang dimenangi DAP mendapat 38, PKR 30 dan PAS 21 kerusi.

Tiada ulasan: