Pua berkata beberapa insiden jenayah yang berlaku ditempat terbuka sekitar Lembah Kelang serta sudah merebak ke beberapa kawasan lain membuktikan program tersebut sebagai satu usaha yang sia-sia, malahan penjenayah tersebut masih bebas dan belum lagi dapat diberkas.
“Sejak dua malam lalu, sudah ada dua insiden rompakan kumpulan bersenjata berlalu di tempat terbuka di restoran di Kepong, Cheras dan Kajang setiap malam,” kata Pua dalam satu kenyataan media hari ini.
“Dimanakah yang dikatakan ‘memerangi jenayah’?”
Setiausaha Publisiti DAP tersebut kemudiaan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk melaksanakan penstrukturan semula dengan memberi fokus kepada menangani kes jenayah disamping melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) jika benar-benar serius untuk mengurangkan jenayah.
“Jika Perdana Menteri dan IGP baru serius untuk memerangi jenayah ini, mereka mesti melaksanakan dua perkara iaitu penstrukturan pasukan polis dan menubuhkan IPCMC,” kata Pua.
Walau bagaimanapun, Pua menekankan penstrukturan polis lebih memberikan kesan yang lebih efektif terutamanya dengan meningkatkan jumlah anggota pegawai penyiasat seperti yang dicadangkan dalam suruhanjaya inkuiri diraja (RCI) pada 2005 untuk membanteras jenayah-jenayah yang berlaku diseluruh negara.
“Sejak lapan tahun lalu, jabatan penyiasatan jenayah (CID) merangkumi hanya 9 peratus daripada pasukan polis, ia tidak berubah sejak dahulu lagi.
“Jumlah ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan 41 peratus anggota polis yang menjalankan kerja pengurusan dan 31 peratus lagi ditugaskan Pasukan Simpanan Persekutuan,” tambah Pua lagi, yang juga menggesa 20,000 anggota polis beruniform yang berada dalam pejabat supaya ditugaskan menjalankan kerja luar.
Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus.
Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.
Kes terbaru yang mendapat perhatian awam adalah tentang pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing pada April lalu yang mengundang rasa marah dan sedih ke atas pemergian wanita tersebut.
Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam.
MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011.
Pihak polis walau bagaimanapun menafikan melakukan memanipulasi angka jenayah negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan