Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS hari ini mengecam tindakan polis menahan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa bawah Akta Hasutan semalam yang didakwa mereka mala fide (berniat jahat).

Pengarah Juham Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dalam kenyataannya hari ini mempertikaikan layanan polis yang didakwanya tidak membenarkan peguam berjumpa dengan Husam petang semalam semasa di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang.

"Lebih teruk, pada jam 6.00 petang, pihak peguam dimaklumkan bahawa Husam telah dibawa ke IPD Kota Baharu bagi tujuan siasatan lanjut tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada peguam yang menantinya di luar IPD Ampang," dakwa Ahmad Zamri.

Beliau juga membangkitkan persoalan kenapa Husam tidak ditahan di Kota Baharu sahaja jika polis mendakwa laporan terhadapnya dibuat di ibu negeri Kelantan itu.

Husam ditahan pada jam 4 petang semalam di Kampung Pandan, Ampang berhubung satu kenyataan berkaitan kehadiran di perhimpunan 'Black 505' semalam. Beliau kemudian dibawa ke Kota Bharu

Harakahdaily sebelum ini antaranya melaporkan Husam sebagai berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.