Dua daerah di Kelantan iaitu Kota Baharu dan Tanah Merah mula dilanda jerebu sejak pagi ini.
Menurut laporan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Indeks
Pencemaran Udara (IPU) di Kota Baharu menunjukkan peningkatan dengan
bacaan tidak sihat iaitu 114 pada pukul 11 pagi, berbanding 108 pada
pukul 7 pagi.
Tanah Merah turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU, bagaimanapun
masih berada pada paras sederhana iaitu 93 setakat pukul 11 pagi,
berbanding 90 pada pukul 7 pagi.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100
(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak
sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
Tinjauan Bernama di sekitar Kota Baharu mendapati keadaan jerebu
tersebut tidak menjejaskan aktiviti harian orang ramai.-- Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan