Isnin, 10 Jun 2013

Himpunan Black 505 Perlis diteruskan malam ini – Adun

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Perhimpunan Black 505 yang dirancang untuk diadakan di Perlis pada malam ini akan diteruskan walaupun polis memberi amaran untuk mengambil tindakan ke atas penganjur, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Indera Kayangan, Chan Ming Kai.

Perlis

Perhimpunan itu dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam di Kampung Bakau, Kangar.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat itu berkata, parti itu telahpun memaklumkan kepada polis berhubung acara keraian itu sejak 12 hari lalu, pada 29 Mei, dan polis juga mengesahkan bahawa mereka menerima permohonan itu pada 4 Jun.

Dalam satu surat bertarikh 3 Jun, Ming Kai berkata, beliau memberitahu polis bahawa jadual acara tersebut dikemaskini dengan menyertakan perhimpunan Black 505 sebagai salah satu daripada siri protes ke atas penipuan pada pilihan raya umum bulan lalu.

Menurutnya, polis turut dimaklumkan mengenai individu lain yang akan berucap

Tiada ulasan: