Ahad, 16 Jun 2013

Dulu 'Kafir Harbi', Selepas PRU-13 Umno Pelawa DAP

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/wan%20hassan1.pngKEMAMAN - Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly akan membawa isu pembinaan Jalan Haji Zainal Abidin sepanjang 2.17 kilometer yang gagal disiapkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak dibina pada tahun 2008, ke Sidang Parlimen yang akan bermula 24 Jun ini.

"antara yang saya ajukan soalan ke Sidang Parlimen akan datang (24 Jun) ini adalah pembinaan jalan sepanjang 2.17 kilometer di Bandar Dungun yang tak siap-siap sehingga hari ini,

"ia amat memalukan, dibina sejak tahun 2008 sampai sekarang..........berapa tahun buat? sekarang sudah 2013 sudah PRU13, lima tahun tak siap lagi.........mana NKRA?,"ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah sempena Majlis Kesyukuran di Kampung Paya Berenjut dekat sini, Jumaat malam 14 Jun.

Turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Neeri (ADUN Chukai Haji Hanafiah Mat.

Menurut Wan Hassan, sebelum jalan tersebut dinaiktaraf, ia adalah dalam keadaan baik, mempunyai pembahagii jalan dan lampu yang sempurna pada waktu malam.

Namun tindakan kerajaan Umno-BN umpama 'tikus membaiki labu', apabila diperbaiki, bukan sahaja tidak siap-siap, bahkan jalan tersebut berlubang-lubang dan membahayakan para pengguna jalanraya.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun menolak dakwaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang mengatakan tidak ada pengundi warga asing menjadi pengundi dan mengundi pada pilihanraya umum kali ke-13 pada 5 Mei lalu.

Katanya, beberapa orang warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang Padang Kubu Kemaman telah ditangkap ketika mengundi kali kedua di salah satu pusat pebuangan undi dalam kawasan Parlimen Dungun.

Yang mengejutkan, kata beliau, warga Indonesia itu telah membawa sekeping surat akuan dari Ketua Umno Cawangan, memaklumkan warga asing tersebut adalah akan mengundi di kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua rakyat mengenali sifat Umno sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan kuasa.

Wan Hassan yang juga mantan ADUN Sura berkata, pada sidang DUN terakhir hujung tahun lalu, bekas ADUN Tepoh telah mendakwa DAP adalah golongan 'kafir harbi' yang mesti ditentang, berbanding MCA yang dianggap sebagai 'kafir dzimmi'.

Tetapi, kata beliau, apabila MCA tidak mahu menerima sebarang jawatan dalam kerajaan selepas orang Cina menolak parti itu pada PRU-13, tiba-tiba Umno mengajak DAP, bersama-sama dalam kerajaan bagi menggantikan MCA.

Tiada ulasan: