Ahad, 23 Jun 2013

DBKL berikan notis untuk aktivis beredar dari Padang Merbok

Oleh Musliza Mustafa



Aktivis yang mendirikan khemah di Padang Merbok diberikan notis untuk beredar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pukul 10.00 pagi ini.

Pegawai penguatkuasa DBKL Nasarudin Daharun berkata mereka berada di sana untuk melaksanakan tugas dan memberikan notis dua jam supaya aktivis beredar.

“Jika mereka masih berada di sini, kami perlu mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

 Nasarudin berkata, mendirikan khemah di atas padang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan.

Di bawah akta ini, pegawai DBKL mempunyai hak untuk meruntuhkan dan merampas khemah jika aktivis gagal untuk mematuhi notis untuk beredar.

“Kita tidak akan bertindak ganas terhadap mereka. Kita akan beritahu, kita perlu mengeluarkan khemah mereka selepas tempoh notis tamat pada 12.15 tengah hari,” kata Nasaruddin.

Beliau mengatakan aktivis memberikan kerjasama apabila penguatkuasa DBKL mengeluarkan notis.

Berhubung dengan aktivis yang mahu berunding untuk terus menetap di situ, Nasaruddin mengatakan beliau tidak akan bertolak ansur kerana tindakan mendirikan khemah menyalahi undang-undang.

“Mereka mahu protes dan melaksanakan hak mereka akan tetapi ini bukan cara untuk melakukannya. Memasang khemah di sini merupakan satu kesalahan.”

Pada ketika ini terdapat lebih daripada 93 khemah didirikan di sini.

Terdapat lebih daripada 240 aktivis berkhemah di sini malam tadi.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mengatakan sidang akhbar berhubung isu ini akan dilakukan selepas tempoh notis tamat

Tiada ulasan: