Jumaat, 7 Jun 2013

Cubaan sekat Facebook bertentangan hak bersuara

Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Gesaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyekat akses ke laman sosial seperti Facebook bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak bersuara, kata peguam, N. Surendran.
SURENDRAN
“Kerajaan tidak berhak untuk menyekat akses ke laman Facebook atau seumpanya kerana pertama sekali ia bertentangan dengan perlembagaan serta hak asasi,” kata Surendran kepada Keadilan Daily.

Naib Presiden KEADILAN itu mengulas kenyataan Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin yang menggesa kerajaan menyekat laman sosial seperti Facebook kononnya demi membendung perbuatan menggugat kemanan negara.

“Negara kita bukan negara komunis seperti China yang menyekat kebebasan rakyat begitu saja. Gesaan itu adalah bodoh dan dangkal,” bidas Surendran.

Sebelum ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang mengkaji undang-undang bagi mewajibkan lesen terhadap semua laman web berita di negara ini.
facebook
Justeru, kata Surendran, cubaan itu jelas hanya untuk melindungi kerajaan BN yang tidak boleh menerima kritikan daripada rakyat.

“Ia percubaan untuk menyekat rakyat dari mengkritik kerajaan korup dan penuh salahguna kuasa, gesaan itu jelas untuk menyelamatakan kerajaan BN,” katanya.

“Lagipun, Facebook diterima di seluruh dunia, jika benar Malaysia mahu haramkan aksesnya di negara ini, kita akan menjadi bahan tawa seluruh dunia,” katanya lagi.

Tiada ulasan: