Jumaat, 7 Jun 2013

Caj bil air 70 sen, BN perlekeh rakyat Terengganu

Oleh Mohd Arif Juhani

KUALA TERENGGANU: Caj tambahan 70 sen setiap kali pengguna membayar bil air menunjukkan Umno-BN memperlekeh dan mempernainkan rakyat Terengganu selepas kembali menguasai negeri ini.

Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semakin melampau apabila hanya tahu membebankan rakyat yang kebanyakannya berpendapatan sederhana dan miskin.

azan ismail

“Ramai masih ingat kenyataan Ahmad yang tidak mahu membantu kawasan dimenangi Pakatan Rakyat.

“Apabila tiba isu yang membebankan rakyat, kenapa babitkan semua rakyat? katanya kepada Keadilandaily.
Dalam notis yang diedar ke seluruh Terengganu, semua pengguna air negeri ini akan dikenakan caj komisen 70 sen bermula 1 Jun 2013 oleh Pos Malaysia dan Posmini.

Namun, Pos Malaysia mendakwa caj dikenakan selepas menerima notis dari Syarikat Air Terengganu (Satu).

Tambah Azan, bekalan air Terengganu yang diswastakan kepada Satu yang mempunyai bon jaminan jangka panjang 10 tahun dengan modal permulaan lebih RM10 juta untuk membeli peralatan seperti rumah pam dan loji pemprosesan bekalan air.

pos_notis_notis

Berdasarkan caj dikenakan jelas membuktikan pelaburan awal kerajaan negeri dalam pengurusan air gagal mengikut jadual yang ditetapkan sehingga membebankan rakyat.

Katanya, Terengganu berbeza dengan Selangor yang menghadapi permintaan air yang tinggi, namun Selangor masih mampu memberikan air percuma 20 meter padu kepada lebih satu juta kediaman setiap bulan.

“Maklumat yang saya terima menunjukkan 65 peratus sahaja pengguna menggunakan air dibawah 20 meter padu. Apakah logiknya caj baru yang dikenakan? soalnya.

Tiada ulasan: