Oleh Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia harus meminta maaf kepada
rakyat Malaysia dan pengeluar kereta yang dimanipulasi kononnya
penurunan harga kereta syarikat mereka sebahagian dari manifesto pilihan
raya BN.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan
Utusan menyiar berita palsu itu tindakan terdesak melindungi kegagalan
Umno mencari makanisme menurunkan harga kereta seperti dijanjikan.
“Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia disamping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini.
“Laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan
harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat.
“Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut,” kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.
Pada 10 Jun lalu, akhbar milik Umno itu melapor bahawa kerajaan
memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima
syarikat pengeluar
kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.
Utusan melapor, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7
hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan
kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.
Bagaimanapun Volkswagen dan Peugeot Malaysia di Facebook menjawab soalan pelayar Internet, menafikan dakwaan Utusan Malaysia.
Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga model Golf tidak diturunkan
dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan
harga RM157,888.
Manakala Peugeot menyatakan, harga ditunjukkan iaitu 308 Turbo pra-
facelift dan 308 VTi sebenarnya dua varian berbeza dari Peugeot 308.
“Komitmen untuk menurunkan harga kereta oleh UMNO-BNI dibuat hanya
selepas mereka menyedari betapa popularnya kempen Turunkan Harga Kereta
Pakatan
“Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu mendepani
kewartawanan melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang
dalam usahanya untuk menjaga kepentingan pemiliknya , iaitu Umno,” kata
Nik Nazmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan