MALAYSIA KINI
Anggota
Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan sekumpulan penyokongnya ini
berhimpun di depan ibu pejabat polis daerah kawasan itu bagi membantah
"serangan tidak adil" Dr Mahathir Mohamad terhadap pengundi Cina."Mahahir mencadangkan bahawa orang Cina mengetepikan orang Melayu secara politik dan ekonomi, ia bukan hanya tidak masuk awal, tetapi ... sungguh tidak bertanggungjawab dan merosakkan, mengancam keharmonian kaum yang dikongsi semua bangsa," katanya.
Dr Mahathir semalam antaranya berkata sebahagian besar peserta perhimpunan negara selepas pilihan raya umum 5 Mei terdiri daripada golongan Cina -- perkembangan yang didakwanya akan menyebabkan polarisasi kaum lebih serius.
Dalam masa yang sama, katanya, orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan