KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 peserta demonstran
Black505 berkumpul di pintu masuk bangunan Parlimen dengan melaungkan
pelbagai slogan, antaranya menuntut ahli Parlimen PR tidak mengangkat
sumpah dan mendesak anggota SPR meletakkan jawatan.
Kumpulan ini bergerak dari Padang Merbok bermula dari jam 8.45 pagi menuju ke bangunan Parlimen tetapi disekat oleh kira-kira 500 anggota polis yang mula berkawal sejak awal lagi.
Di depan pintu masuk, kumpulan ini membuat bising dan menaikkan poster sehingga menganggu lalu lintas di Jalan Parlimen dan berterusan hingga ke pusat bandaraya.
Antara pemimpin PR yang kelihatan adalah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Datuk Johari Abdull, Badrul Hisham Shaharin; Setiausaha Agung PSM, S Arulchelvan; Jurucakap ABU, Haris Ibrahim dan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.
Sabtu lalu, himpunan Black505 yang berlangsung di Padang Merbok.
Setelah perhimpunan itu berakhir, sebilangan kecil dari mereka bertindak mendirikan khemah di padang tersebut.
Melalui tinjauan Sinar Harian pagi tadi, kesemua khemah sudah dirobohkan di kawasan Padang Merbok.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan