Khamis, 13 Jun 2013

Ayuh Sertai Aksi 'Flashmob' Sabtu Ini di Jalan TAR Kuala Lumpur


Oleh  Azmir Hj Mustaffa
Penyelaras SAMM Wilayah
 
Gabungan #SuaraRakyat505 di atas inisiatif SAMM Wilayah Persekutuan akan mengadakan sebuah aksi 'flashmob' di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) pada hari Sabtu ini, bersamaan 15 Jun 2013. Aksi tersebut bermula jam 2 petang bersempena seminggu menjelang perhimpunan rakyat KL22Jun yang bakal berlangsung pada hari Sabtu berikutnya.

Beberapa lokasi di sepanjang Jalan TAR telah dikenalpasti sebagai 'hotspot' antaranya ialah persimpangan Sogo, persimpangan Maju Junction dan juga persimpangan Jalan Tun Perak yang berhampiran Dataran Merdeka. 

Bagi meneruskan momentum kebangkitan rakyat melawan penipuan SPR pada PRU yang lalu dan menggandakan mobilisasi ke arah himpunan terpenting 22 Jun di Padang Merbok, aksi flashmob berskala besar wajar menjadi cetusan awal. Ia khususnya untuk memastikan warga ibukota yang rata-ratanya menolak pemerintah korup Barisan Nasional menyertai aksi lebih besar pada 22 Jun nanti sebagai tuan rumah yang menyambut kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia dari seluruh negara.

Justeru itu, SAMM Wilayah bersama NGO #SuaraRakyat505 menyeru orang ramai turut menyertai aksi 'flashmob' ini. Turut bersama dalam penganjuran ini ialah terdiri daripada kumpulan mahasiswa SMM, Gerakan ABU, NGO Kill The Bill, JERIT, dan beberapa kumpulan aktivis rakyat. Selain daripada plakad yang disedia penganjur, orang ramai juga digalakkan hadir dengan membawa plakad sendiri di atas kretiviti masing-masing. 

Ayuh, 15 Jun tarikh yang sesuai untuk aksi pemanas badan dalam usaha membangkit keghairahan rakyat bagi merebut demokrasi yang digelapkan. Untuk aksi flashmob ini juga, barisan peguam rakyat turut bersedia sekiranya berlaku penangkapan yang tidak diduga kerana regim yang panik selalunya bertindak gopoh dan terburu-buru.

Tiada ulasan: