Rabu, 19 Jun 2013

Arutchelvan: PAS orang tengah pertemuan Pakatan-PSM



 
PAS bersetuju menjadi orang tengah untuk menyusun perbincangan antara Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bagi membincangkan sama ada parti haluan kiri itu selari dengan gabungan pembangkang.

NONESetiausaha Agung PSM S Arutchelvan mendedahkan perkara ini ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, ia merupakan hasil utama daripada mesyuarat panjang mereka dengan kepimpinan PAS di Kuala Lumpur semalam.

"Berhubung soalan sama ada PSM boleh dimasukkan atau tidak, mereka kata, persoalan berkaitan ideologi harus dibincangkan dengan Pakatan secara lebih terbuka," katanya.

"Setakat pertemuan hari ini, kita tiada kemajuan banyak, tetapi kita masih ada hubungan baik dengan PAS. Kita tidak meragukan mereka dan melihat ke arah pertemuan dengan Pakatan."

Arutchelvan berkata, pertemuan semalam bertujuan berdialog ekoran kenyataan presiden PAS bahawa partinya tidak boleh menyokong calon yang menyokong Marxism.

Tiada ulasan: