Isnin, 3 Jun 2013

Anwar gesa KDN tangani kematian dalam tahanan, tubuh IPCMC

keadilan daily

PETALING JAYA: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertindak segera dan serius menangani insiden kematian tahanan dalam polisi
PR_PC.
“Kita kesal dengan kejadian tersebut. Kita bantah sekeras-kerasnya kejadian yang sudah berulang kali berlaku ini. Desakan kita terhadap penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) tetap diteruskan.

“Sebagai tindakan segera kita mahu Menteri Dalam Negeri membuat siasatan telus bagi menghentikan semua kejadian kematian di bawah seliaan polis,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

2 Jun lalu, seorang jurutera, P Karuna menjadi mangsa terbaru yang maut dalam tahanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin.

Kejadian itu yang ketiga dalam sebelas hari selepas kematian N Dharmendran di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei lalu dan R Jamesh Rao di lokap Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang pada 26 Mei.
LKS
Pada sidang media sama, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Pakatan akan menubuhkan jawatankuasa dengan dua wakil dari setiap parti Pakatan Rakyat untuk mengemukakan usul di Parlimen bagi penubuhan IPCMC.

“Kita tetap mahu IPCMC ditubuhkan. Ia akan menjadi agenda utama Pakatan di Parlimen yang akan bersidang 24 Jun nanti.

“Dalam masa 11 hari ada tiga kes. Jelas membuktikan EAIC tidak berkesan. Sejak September 2011 sehingga 2012 baru selesaikan satu kes tatatertib melibatkan anggota awam,” katanya.

Tiada ulasan: