Oleh Mohd Arif Juhani
BATU PAHAT,: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, dunia kini sedang memerhatikan Malaysia selepas diketahui
wujudnya penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Kata Anwar, antara pemimpin dunia yang memberi reaksi berikutan
penyelewengan pilihan raya di negara ini temasuk dari Indonesia, negara
terbesar umat Islam dan Turki.
“Saya baru pulang dari Bali dan Jakarta atas undangan Susilo bagi
mendapat penjelasan terkini berhubung politik dan penyelewengan yang
berlaku dalam PRU lalu,” ujarnya hadapan 5,000 hadirin dalam ceramah
Black 505 di Parit Raja, Batu Pahat, malam tadi.
“Beliau seorang demokrat dan tidak boleh lihat penyelewengan yang
berlaku dalam pilihanraya yang beliau sebut sebagai ‘kecurangan pemilu
(pemilihan umum)
“Kata Susilo, sekiranya kecurangan seperti ini berlaku di Indonesia,
sudah pasti rakyatnya akan bangkit memberontak kerana Indonesia
merasakan penyelewengan pilihanraya adalah sesuatu yang melampau,” kata
Anwar.
“Susilo
tidak berhasrat campur tangan dalam urusan politik di Malaysia tetapi
undangan yang dibuat itu kerana menganggap Malaysia sebagai negara
sahabat,” ujar ahli parlimen Permatang Pauh itu.
Katanya lagi, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan turut
menyatakan rasa aneh dengan keputusan pilihan raya lalu yang menunjukkan
peratusan undi popular Pakatan lebih banyak berbanding Umno BN.
“Erdogan tanya saya bagaimana parti yang mendapat undi minoriti boleh menjadi Perdana Menteri?
“Saya cuma jawab Malaysia Boleh!,” katanya sinis, disambut ketawa hadirin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan