Selasa, 11 Jun 2013

Amaran Speaker: Ahli Parlimen boikot upacara akan digugurkan

Oleh Mohd Farhan Darwis
 Amin berkata kalau ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen. - Gambar oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR— Wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya mereka memboikot proses mengangkat sumpah, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran hari ini.

“Kalau ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen,” katanya.

Jelasnya lagi, atas semangat demokrasi juga, speaker dan timbalan speaker berhak memboikot upacara mengangkat sumpah wakil rakyat PR.

“Tidak boleh angkat sumpah hari lain ... kecuali tidak datang atas sebab kesihatan yang tak boleh dielakkan,” kata Pandikar lagi.

“Apabila kita angkat sumpah baru kita jalankan fungsi sebgai wakil rakyat,” katanya, dan menambah, bagi mereka yang sengaja tidak hadir untuk memboikot, beliau tidak nampak logiknya tindakan berkenaan.

Tiada ulasan: