Jumaat, 21 Jun 2013

Aksi flashmob Black 505 capai target



Oleh EDY NOOR REDUAN

Di atas inisiatif SAMM, SMM dan kumpulan aktivis anak muda, gabungan NGO #SuaraRakyat505 menerpa kejayaan beberapa dalam aksi flashmob. Menjelang perhimpunan terbesar paling bersejarah melawan penipuan PRU pada 22 Jun nanti, kami mengambil peranan tersendiri untuk mobilisasi maksima.

Kejadian tangkapan di depan Sogo 15 Jun lalu tidak langsung memberi kesan kepada anak muda untuk meneruskan aksi Flashmob ke seluruh tanahair. Walaupun diberkas oleh anggota polis, digari dan berada dalam tahanan polis selama hampir lapan jam, ia tidak mungkin akan mematahkan semangat malah membangkit adrenaline menuju aksi sebenar 22 Jun 2013 di Padang Merbuk 

Setakat semalam, beberapa lagi flashmob telah berjaya dilaksanakan termasuklah di P.Pinang, Sg Besar Selangor dan semalam di Jalan Tun Perak Kuala Lumpur. Namun salah satu venue iaitu di Kuantan mendapat tentangan hebat dari pihak polis hingga memaksa flashmob yang dimulakan beberapa minit terhenti.

Semalam ketika di Jalan Tun Perak juga terdapat lebih 30 orang polis berkawal. Flashmob diteruskan juga dan berakhir sejam kemudian dengan matlamat yang tercapai. Rahsia kejayaan kali ini ialah, memastikan mereka yang berkumpul memegang sepanduk tidak lebih dari empat orang. Setiap spot hanya disertai berempat dan terdapat 6-7 spot di sepanjang jalan Tun Perak.

Kami ingin menegaskan bahawa pada tarikh selain 22 Jun 2013, tidak ada sebarang perhimpunan jalanan dianjurkan. Hanya aksi spontan sambil menyampaikan ekspresi bantahan terhadap penipuan pilihan raya sambil mengolah persetujuan orang ramai. Flashmob bukan jenayah, tidak mengganggu, tidak merosakkan dan tiada peruntukkan undang-undang yang membenarkan perserta flashmob ditangkap

Tiada ulasan: