Rabu, 19 Jun 2013

Abdul Khalid Jumpa KETTHA Bincang


mb kejohanan golf worldwide 2013 01

DAMANSARA  : Perbincangan awal mengenai penstrukturan semula industri air dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dijangka akan diadakan minggu depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid memaklumkan satu temujanji sudah diatur oleh pejabatnya dengan pihak kementerian.

Katanya, pertemuan antara pihak Kementerian itu akan dihadiri oleh beliau sendiri.

“Seperti yang kita tahu, Menteri Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebelum ini menyatakan persediaan untuk bertemu saya bagi membincangkan perkara ini.

“Oleh itu, saya akan bertemu dengan pihak Kementerian minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Cheque daripada penaja-penaja Kejohanan Golf Worlwide Holdings di Kelab Seri Selangor, di sini.

Abdul Khalid menambah temujanji itu akan diadakan sebagai permulaan awal sebelum perbincangan terperinci mengenai isu itu.

Proses penstrukturan semula industri air dimulakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat tahun lepas sebagai usaha mengambilalih operasi bekalan, rawatan dan pengedaran daripada empat syarikat swasta.

Kerajaan Negeri telah menawarkan RM 9.65 bilion untuk mengambilalih empat syarikat tersebut dan setakat ini mereka telah memberi respons positif terhadap tawaran itu.

Dalam majlis hari ini, Abdul Khalid berkata sebanyak RM 4.35 juta hadiah termasuk empat buah kereta jenis Toyota ditawarkan untuk kejohanan golf tersebut yang berlangsung daripada 20 hingga 23 Jun ini.
Kejohanan Golf Pro Am kali ke enam itu, menampilkan Juara tahun lalu, Thaworn Wiratchant (Thailand) yang dijangka akan mempertahankan kejuaraannya.

Turut berentap Lin Wen Tang (Chinese Taipei), Scott Hend (Australia) dan Anirbon Lahiri (India).

Tiada ulasan: