Najib Tun Razak
Dato' Seri Najib Tun Razak
 
KUALA LUMPUR - Walaupun bermula dengan sedikit kontroversi, akhirnya 222 anggota Dewan Rakyat selamat mengangkat sumpah di Dewan Rakyat pagi ini.

Majlis angkat sumpah dimulakan dengan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seterusnya 131 ahli Parlimen BN yang lain.

Sementara, ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengetuai pasukan pembangkang mengangkat sumpah.

Ia kemudiannya diikuti ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan 86 ahli Parlimen PR yang lain.

Kesemua ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang baru dilantik semula selepas pengundian pagi tadi.

Pada PRU13 lalu, BN kekal menerajui Kerajaan Persekutuan selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.